Pengumuman & Berita
 
  Pengumuman & Berita > Pengumuman Terkini > Koperasi Koperkasa Berhad beroperasi di pejabat sendiri
 
 

Koperasi Koperkasa Berhad beroperasi di pejabat sendiri

SRI AMAN, Khamis- Pengurus Besar Rakyat Asset Manegement Sendirian Berhad merangkap Pentadbir Koperasi Koperkasa Berhad, Haji Azizan Abdul Gani bersama rombongan telah mengadakan lawatan ke bangunan baru Koperasi Koperkasa Berhad di sini hari ini.

......Bangunan baru milik Koperasi Koperkasa Berhad itu telah dibina di tapak tanah Lot 447 dan Lot 448, Blok 3, STD di pusat Bandar Sri Aman hasil pemberian Kerajaan Negeri Sarawak pada tahun 1979 dahulu.

......“Selepas memperolehi tanah tersebut daripada Kerajaan Negeri Sarawak, pihak Koperkasa pada tahun 1984 telah merancang untuk memajukannya tetapi perancangan itu tidak berjaya dilaksanakan.

......“Pada pertengahan tahun 2006, perancangan telah dipergiatkan semula untuk memajukan tapak tanah itu dengan mendirikan 'semi detached lock-up shop',” kata Azizan ketika ditemui hari ini.

......Untuk itu katanya kerja pembinaan 'semi detached lock-up shop' telah pun dimulakan pada bulan Ogos 2008 sehingga bangunan baru milik Koperasi Koperkasa berkenaan siap dibina pada bulan Disember tahun yang sama.

......Pada hari ini, 11 Jun 2009, Pejabat Cawangan Koperasi Koperkasa Berhad Sri Aman secara rasminya telah beroperasi di permis kepunyaan sendiri, menurut beliau.

......Hadir sama ialah Pembantu Pentadbir Rakyat Asset Management Sendirian Berhad, Haji Abdul Rahman Abdul Majid, Penolong Pengurus Besar Koperasi Koperkasa Berhad, Ismail Abdul Rani dan Kakitangan Koperkasa yang lain.

......Koperasi Koperkasa Berhad pada asalnya dinamakan sebagai Koperasi Perkerja Kerajaan Sarawak Berhad dan mula di daftar pada 6 Septembar 1949.

......Koperasi Perkerja Kerajaan Sarawak Berhad ini kemudiannya ditukar nama kepada Koperasi Koperkasa Berhad pada 28 Oktober  2000 menerusi satu pindaan undang-undang kecil di bawah seksyen 18 (3) Akta Koperasi 1993.

Jumaat, 12 Jun 2009, Utusan Sarawak

Untuk gambar sila klik di sini.